Sunday 7 July 2013

Perkembangan terbaru my little hero HARIZ ZAFRI

Lama betul aku tak update pasal cite budak comel ni..skrg dah masuk 8 bulan 5 hari.Sebelum citer panjang meh tgk dulu gambar terbaru si Hariz..

masa ni dalam 6 bln setengah

Aku nak citer sikit pasal best nya Bumboo Chair ni..aku memang cari kerusi ni dari hariz umur 4 bln lagi sebabnya bagi aku kerusi ni sangat2 berguna dan praktikal..salah satu sebab kita tak perlu selalu nak dukung dia lebih2 lagi kalau anak yang jenis nak tengok muka kita depan mata dia..

Jangan risau chair ni direka khas untuk bayi dan material dia sangat la lembut dan aku dah pakai sampai sekarang hariz memang tak dapat keluar dari chair ni melainkan bila dia dah pandai jalan mungkin dia boleh kuar sendiri ..Mula2 nak bagi chair ni kat Hariz mak aku bising dia kata mana boleh bagi bayi duduk sebelum waktu nya..jangan risau chair ni permukaan dia sama macam bontot gajah sebab tu nama dia Bumboo chair dan depan dia pun gambar gajah jadi bayi seolah-olah di dalam dukungan kita..Wahh aku ni macam nak melariskan kerusi ni lak yer jadi promoter tak berbayar..haha

Bukan apa dari pengalaman la kita berkongsi kan..Gambar kat bawah ni korang tengok sambil wat kerja kat dapur aku letak hariz atas table top dia tengok jer aku masak ke basuh pinggan ke ok jer kalau letak kat playpen atau tilam dah pasti nye melalak cari aku..

Tapi dah pun rekaannya untuk keselamatan bayikan maka harga nya pun agak mahal tak silap aku kalau tak sale dalam RM199 kalau korang jumpa yang sale mungkin boleh dapat dalam RM150..kerusi ni ada tray depan sekali kaedah macam kerusi makan tu la..ada gak aku dengar orang beli tanpa tray dapay murah sikit.

Sekarang aku banyak guna chair tu masa nak mandikan dia jer sebab bikan main lasak kalau mandi jadi kalau guna kerusi tu senang tak risau licin nak sabun badan atau syampu rambut dia pun bersih tak terpusing-pusing...Mandi pun dah pakai air sejuk tak pakai air panas lagi cuma kalau selsema baru pakai air panas.


Hariz gan lesung pipit nye geram kalau tengok dia senyum  hilang semua tension..

Hariz dah pandai bawa kereta sekarang haha..walker dia la apa lagi..bukan main laju dia bawak tak takut kena saman pun muahaahaa...kat rumah aku dia dah tahu nak masuk mana dapur,bilik aku,bilik air semua dia dah mahir dulu di tak reti masuk dapur sebab dapur tu ada sudut sikit tapi sekarang dah tahu macam mana nak ambik corner supaya dapat masuk dapur bila dah berjaya susah betul aku nak masak asyik mengekor jer tak pun dia langgarnya kaki ibu dia ni..

Ni keta kat umah aku pak ucu dia yang belikan  kat jusco

Ni lak keta kat umah nenek dia aku beli yang murah jer kat kedai basikal maklum la second car..hehe
Yang kat bawah ni gambar terbaru hariz yang dah masuk 8 bulan semoga hariz sihat-sihat hendaknya..
Makanan dia tak bape suka tapi kalau nampak kita makan bukan main menjerit mintak..tapi makanan wajib dia aku masih lagi bagi nestum nestle yang ikut umur tu sekarang makan yang ada ceri dan yogurt tu senang sikit nak membuang..hariz buat masa ni tak suka makan bubur nasi buat penat aku masak jer tapi kalau nasi lembik yang baru masak dan panas tu aku lenyek2 buh kicap dia makan lak..

Tengah tidur masa dalam keta

terkejut tengok flash mata bulat hehe

Saturday 8 June 2013

luahan hati

Lama menyepi..ntah la sebenar sejak akhir2 ni aku tak rasa gembira lebih2 lagi keadaan di tempat kerja.. suasana dah tak macam dulu lagi suram..semua nya kerana rakan2 baik aku dah posting tempat lain.. tak serentak tapi one by one pergi..aduh bosan giler aku sekarang ibarat nye kerja skrg ni menunaikan kewajipan je seronok tu dah tak ada..

Dulu serius aku cakap memang seronok pergi kerja..tapi semua tu tinggal kenangan nak dapat balik suasana macam tu mungkin tak dapat lagi..saja nak meluahkan perasaan sebab tak ada kawan dah tempat nak meluahkan perasaan..aku ni kn jenis tak tahu nak tunjuk muka sedih atau tension jadi skrg ni aku banyak membuat perkara-perkara yang buat  aku lupa semua tu dan gelak tetap gelak tapi tak macam dulu lagi..

Bagi aku kawan-kawan aku yang dah posting tu jer la yang faham aku yang boleh kongsi masalah aku dari A to Z sedih sangat-sangat yang aku rasa sekarang ni..Mungkin masa jer yang akan dapat mengubati segala-galanya..
luahan perasaan





Wednesday 27 March 2013

mainan dan food feeder untuk hariz

semalam aku pergi kedai baby manjaku niat memang nak cari food feeder untuk hariz.. kalau pada mom2 yang kat luar tu nak tahu rupanya macam ni..

food feeder
masa nak beli benda ni tinggal 2 jer kat kedai tu satu warna pink jaringnya warna oren jadi oleh kerana anak aku kan boy jadi ambik la yang warna hijau kuning ni..cantik gak macam warne kedah jer hehe..harga dia dalam rm27.90 tak lak ada less kata sale..zaman skrg semua nya mahal yer..
food feeder ni kalau kita nak bagi anak kita makan buah sangat la senang..potong kecil2 pastu masukkan dalam jaring tu dan bagi dia nyoyot..jadi tak la kita risau baby tercekik..tapi pastikan basuh bersih2 jaring tu sebelum beri pada anak..apa pun mesti dalam pengawasan kita juga masa beri pada baby tu..

ni lak menan yang saja2 suka nak bagi hariz main tapi wat tak heran  jer budak tomei tu..

ni mainan untuk baby gigit kalau dia gatal gusi tapi si hariz ni tak heran dan kisah lansung pun gan menan ni yang di main nya kain lap dia dok masukkan dalam mulut pastu bila kain tu tertutup muka dia mula la lemas..
tu la yang ibu si hariz ni gigih la membeli untuk anak mahal kau harga menan ni tapi untuk anak tutup mata jer la..abang kau dulu dik tak ada menan mahal-mahal macam ni..


Thursday 21 March 2013

teringin makan dan teringin cantik

Hari minggu lepas aku tiba-tiba teringin nak makan cucur badak yang dibuat sendiri..bukan apa tak puas kalau yang beli satu lagi kalau sedap tak apa kalau tak sedap rasa menyesal jer beli..so aku gan gigih nye telah membeli bahan-bahannya..keledek aku beli yang warne oren tu rasa nya manis sikit dan bahan utama untuk inti dah tentu la kelapa dan udang kering..

anak sulung aku gan cik suami memang suka makan cucur badak ni..jadi bila dah siap dan rasanya pun sedap anak aku sekali ngapp 10 ketul habis..haa tu cerita yang teringin makan yang teringin cantik aku cerita kat bawah yer..


ha jadi pun cucur badak aku rasa pun boleh tahan

ni rupa inti cucur badak 
hehehe sekarang kan tengah top meletup pasal pure marine kolagen yang asal rumpai laut tu kan..jadi aku ni pun salah seorang yang gedik nak mencuba mana la tahu kot-kot boleh berubah jadi erra fazira ehhh ehh gila apa hee tak ada la sampai macam tu cukup la sekadar nak mencantik kan kulit dan rambut.. ni la hasil dari masakan aku boleh tahan la gak rasanya lalu jer aku makan sebab sedap macam jeli je..

ni la rupa kolagen tu bila dah siap masak


Friday 15 March 2013

hariz zafri dah 4 bulan setengah..

Assalamualaikum..hehe lama nye tak ber en3 dah berhabuk dah blog aku ni...ntah la sibuk jer memanjang bila tengah ada idea dan  masa laptop lak tak free bila laptop free aku lak yang busy sudahnya lama la terbongkang jer blog aku ni...

biasa la citer terbaru ni nak story pasal si tecik tomei tu dah 4 bulan setengah..dan yang paling menakjubkan hehe macam yeryer jer kn hehe aku dah bagi hariz makan puree buah..kisahnya semalam asyik la mengamuk ntah apa yang tak kena last2 aku teringat ada epal dalam peti ais aku pun kupas potong kecil dan rebus pastu aku blend sampai hancur dan bagi hariz makan..

tak sangka suka nau anak aku tu makan puree tu aku tak campur apa2 pun semata-mata epal dan air jer suka tul si hariz tu makan..lepas makan terus merengek nak tidur kenyang agaknya bantai dia dia tidur dari pukul 8malam sampai pukul 11 malam..

tadi lepas habis kerja aku bagi susu badan dia macam tak nak sangat meyusu tapi masih merengek aku panaskan labih puree semalam dan suap habis tau hariz makan tak tinggal sisa pun pastu bantai tidur.. ni dia tgh tidur la ni aku boleh ber en3.. lupa lak nak ambil gambar puree tu nanti la bila buat yang lain aku wat en3 lain yer..buat masa ni layan la gambar terbaru hariz..



Thursday 14 February 2013

Macam-macam hal CNY

Sempena cuti CNY yang lepas kami sekeluarga balik ke rumah kami di rawang dan kebetulan adik bongsu aku nak buat makan-makan adik beradik..rumah aku kiranya jadi port la sebab nak buat bbq sebab yang lepas-lepas pun buat kat rumah aku..

Nak jadi cerita masa kami turun tangga dari rumah kat setapak hari sabtu tu kami nampak la jiran tingkat 3 tu sedang memunggah barang dia nak pindah keluar.Dan aku nampak la kelindan lori tu sorang indon sorang lagi india..memang jiran tu dah bagi tahu dia nak pindah jadi tak la hairan sangat.Ok cerita berhenti kat sini nanti ada kaitan tau..

Masa kat rawang hari ahad lak pagi-pagi lagi anak aku yang sulung tu dapat kol dari kawan baik dia yang mana bapa budak tu ketua blok kami yang memaklumkan mak dia meninggal dunia kerana sesak nafas tak sempat dapat rawatan pun kat hospital..ala hai senang nye orang meninggal yer kita ni yang sihat jangan la sangka panjang umur..ajal maut di tangan allah kita pun tak tahu bila..

Sedih la gak kan kakak tu baru jer sembang-sembang gan aku yang paling kesian dia ada anak kecil dan yang kawan anak aku baru tingkatan 1 menangis dia cerita kat anak aku..
Balik dari rawang semalam baru la kami tahu ada lagi  cerita lain anak aku tanya la pada kawan dia mak kau ada tak perangai dia pelik ke sebelum meninggal..anak dia cerita (ok yang ni ada kaitan gan cerita pasal jiran pindah tadi) hari sabtu tu diaorang sekeluarga nak keluar jalan-jalan masa depan pintu kelindan indon yang angkat barang pindah tu terjatuh dari tangga masa angkat barang pecah kepala dan meninggal kat tangga blok aku tu bapa budak tu ajar indon tu mengucap masa tu mak dia tengok jer indon tu tanpa rasa cuak atau takut tu la yang pelik nya rupa-rupanya dia pula yang meninggal esok nya..hai sedih ada takut pun ada dah la aku ni penakut pagi-pagi sebelum subuh dah kelek baby aku hantar kat rumah mak..bila jadi macam ni jadi fobia la pulak..

Apa pun aku doa agar kami sekeluarga dilindungi allah hendaknya..Ok la kat sini aku letak gambar masa makan hari tu ..aku yang masak semua nya boleh la setakat makan adik beradik..
pinggan yang dah licin tu kentang wedges

bakar-bakar kat luar seronok aktiviti macam ni

hehe masing-masing dah lapar tak pandang kirikanan

salad buah

pasta goreng

Tuesday 29 January 2013

semakin dekat semakin terasa sayu hati

baca tajuk macam orang tengah bercintakan hehe..
sebenarnya 31Jan ni aku akan mula keja balik setelah bercuti lebih kurang 6 bulan (lama gilerkan) bukan apa cutisakit + cuti bersalin tu yang lama..ikutkan hati nak jer sambung cuti tapi nak simpan cuti buat kecemasan maklum la ada anak kecik ni macam-macam yang tak didugakan biasa la risau anak demam kita kena cuti..


untuk maklumat aku ni high risk prengnancy sebab tu dok bagi cuti..kalau sapa ada baca en3 aku yang lepas aku ada mention yang baby ni anak aku yang kedua setelah anak aku yang sulung berumur 16 tahun..

sedih tau bila kenangkan yang aku akan tinggalkan budak comel ni selama beberapa jam bagai dihiris-hiris hati ni bila teringat..macam mana la nanti yer dah la dia tak berapa nak sangat minum susu fm..


yang buat aku lega sikit aku tinggalkan hariz gan nenek dia
cuma aku risau  hariz ni gemar tersedak bila-bila jer tak kira masa aku takut mak aku tak perasan jer..
mudahan-mudahan hariz dilindungi allah dan baik-baik sahaja.

bukan senang aku nak dapat permata hati ni macam-macam dugaan..akhirnya tuhan makbulkan juga impian kami untuk menatap dan membelai si comel ni..

aku namakan hariz zafri yang bermakna penyelamat kemenanganku..alhamdulilah semoga menjadi anak yang soleh,bijak,cerdik dan sihat hendaknya amin...


Thursday 24 January 2013

adik demam dan batuk2

sebelum ni just ada kahak jer..tapi sehari dua ni batuk2 lak kesian kat adik..tadi pagi lak cek temp demam la pulak..sian anak ibu..baru 2 bulan lebih dah kena demam..

aku lak memang dah 2 minggu selsema tak baik2..agaknya virus aku yang terkena kat adik..
aku ni lak memang kalau selsema memang mcm tu susah nak baik..tadi mlm g farmasi beli cool fever utk adik takut mlm nanti demam kuat baru kelam kabut nak cari payah lak..

susah hati ibu yer dik bila adik demam..adik ni kiranya anak aku yg kedua selepas anak aku yang sulung dah berumur 16thn..ikutkan kandungan kelima bwh yg sulung tu 3 baby aku tak cukup bln meninggal .Baby semuanya girl tak d rezeki aku semoga mereka tunggu ibu di syurga yer..

                                                                             Hariz
                                          hehe lahirnya buah hati ni pada 2/11/12 membawa seribu bahagia


mula nya aku dah tak nak lg cuba tapi tak disangka rezeki 2012 aku pregnant lg dan alhamdulilah rezeki allah yang tak ternilai lahir la adik dalam keadaan sempurna walaupun tak cukup bln gak iaitu 34 minggu tapi tak ada masalah cuma demam kuning jer..

doa ibu semoga adik sihat dan sentiasa di dalam lindungan allah hendaknya..
                                         Skrg dah pandai senyum dan bercakap gan ibu nya tapi bahasa hariz la..
                                          pak ucu dia kata takut tengok mata Hariz hehe besar
                                                        




Tuesday 15 January 2013

kali pertama

dah byk kali nak cuba buat blog ..masalah nya ada jer halangan..hehe pas ni leh la dapat jiran2 n teman2 berkongsi pengalaman hidup..sebelum ni aku selalu follow blog org ada yg best dan aku cam rasa dah kenal sangat gan blogger tu padahal dia tak tahu pun sapa aku..cuma kadang2 aku rasa ada benda yang nak aku sharekan bersama-sama..
p/s pic atas tu my newborn baby boy masa tu baru jer kuar hospital..ok la nanti akan meyusul lg post2 yang lain..blog ni pun lom siap touchup lagi..