Wednesday 27 March 2013

mainan dan food feeder untuk hariz

semalam aku pergi kedai baby manjaku niat memang nak cari food feeder untuk hariz.. kalau pada mom2 yang kat luar tu nak tahu rupanya macam ni..

food feeder
masa nak beli benda ni tinggal 2 jer kat kedai tu satu warna pink jaringnya warna oren jadi oleh kerana anak aku kan boy jadi ambik la yang warna hijau kuning ni..cantik gak macam warne kedah jer hehe..harga dia dalam rm27.90 tak lak ada less kata sale..zaman skrg semua nya mahal yer..
food feeder ni kalau kita nak bagi anak kita makan buah sangat la senang..potong kecil2 pastu masukkan dalam jaring tu dan bagi dia nyoyot..jadi tak la kita risau baby tercekik..tapi pastikan basuh bersih2 jaring tu sebelum beri pada anak..apa pun mesti dalam pengawasan kita juga masa beri pada baby tu..

ni lak menan yang saja2 suka nak bagi hariz main tapi wat tak heran  jer budak tomei tu..

ni mainan untuk baby gigit kalau dia gatal gusi tapi si hariz ni tak heran dan kisah lansung pun gan menan ni yang di main nya kain lap dia dok masukkan dalam mulut pastu bila kain tu tertutup muka dia mula la lemas..
tu la yang ibu si hariz ni gigih la membeli untuk anak mahal kau harga menan ni tapi untuk anak tutup mata jer la..abang kau dulu dik tak ada menan mahal-mahal macam ni..


Thursday 21 March 2013

teringin makan dan teringin cantik

Hari minggu lepas aku tiba-tiba teringin nak makan cucur badak yang dibuat sendiri..bukan apa tak puas kalau yang beli satu lagi kalau sedap tak apa kalau tak sedap rasa menyesal jer beli..so aku gan gigih nye telah membeli bahan-bahannya..keledek aku beli yang warne oren tu rasa nya manis sikit dan bahan utama untuk inti dah tentu la kelapa dan udang kering..

anak sulung aku gan cik suami memang suka makan cucur badak ni..jadi bila dah siap dan rasanya pun sedap anak aku sekali ngapp 10 ketul habis..haa tu cerita yang teringin makan yang teringin cantik aku cerita kat bawah yer..


ha jadi pun cucur badak aku rasa pun boleh tahan

ni rupa inti cucur badak 
hehehe sekarang kan tengah top meletup pasal pure marine kolagen yang asal rumpai laut tu kan..jadi aku ni pun salah seorang yang gedik nak mencuba mana la tahu kot-kot boleh berubah jadi erra fazira ehhh ehh gila apa hee tak ada la sampai macam tu cukup la sekadar nak mencantik kan kulit dan rambut.. ni la hasil dari masakan aku boleh tahan la gak rasanya lalu jer aku makan sebab sedap macam jeli je..

ni la rupa kolagen tu bila dah siap masak


Friday 15 March 2013

hariz zafri dah 4 bulan setengah..

Assalamualaikum..hehe lama nye tak ber en3 dah berhabuk dah blog aku ni...ntah la sibuk jer memanjang bila tengah ada idea dan  masa laptop lak tak free bila laptop free aku lak yang busy sudahnya lama la terbongkang jer blog aku ni...

biasa la citer terbaru ni nak story pasal si tecik tomei tu dah 4 bulan setengah..dan yang paling menakjubkan hehe macam yeryer jer kn hehe aku dah bagi hariz makan puree buah..kisahnya semalam asyik la mengamuk ntah apa yang tak kena last2 aku teringat ada epal dalam peti ais aku pun kupas potong kecil dan rebus pastu aku blend sampai hancur dan bagi hariz makan..

tak sangka suka nau anak aku tu makan puree tu aku tak campur apa2 pun semata-mata epal dan air jer suka tul si hariz tu makan..lepas makan terus merengek nak tidur kenyang agaknya bantai dia dia tidur dari pukul 8malam sampai pukul 11 malam..

tadi lepas habis kerja aku bagi susu badan dia macam tak nak sangat meyusu tapi masih merengek aku panaskan labih puree semalam dan suap habis tau hariz makan tak tinggal sisa pun pastu bantai tidur.. ni dia tgh tidur la ni aku boleh ber en3.. lupa lak nak ambil gambar puree tu nanti la bila buat yang lain aku wat en3 lain yer..buat masa ni layan la gambar terbaru hariz..