Wednesday 19 February 2014

Malas punca blog terbengkalai..

M yang sangat besar punca aku tak menulis pada masa yang agak lama..layan la gambar terkini si hariz..



masa sambut besday yang pertama wat kecil2 jer



Hariz dan abangnya

Aku hanya ada dua orang anak sahaja yang sulung hafiz dan yang kecik hariz.. masa yang abang dulu tak ada lagi blog2 ni bagai facebook pun tak ada lagi abang nya lahir tahun 1996 dan hariz lak lahir 2012 jauh beza kan.... sangat-sangat jauh nak buat macam mana tak ada rezeki 3 lagi anak aku meninggal masa dilahirkan kerana tak cukup bulan kalau tak 5 dah anak2 aku..yang meninggal semuanya perempuan sedih sangat..tapi allah maha mengetahui ada hikmah di sebalik semua tu cuma aku ni kalau tak kuat semangat lama dah giler tapi alhamdulilah aku tabah dengan ujian ini sebab tu kalau ada orang mengeluh kat aku kata diri dia susah aku rasa dia tak sehebat dugaan yang aku terima sabar jer la dah itu bahagian kita..

abang main game dia pun nak main sama tapi gigit wayar

macam tahu jer main game yang abang tu tahun ni tunggu result SPM
ni hujung tahun2012 kami punya holiday kat melaka
abang dah besar lepas ni susah nak ikut ibu lagi sedih lak rasanya

Minat sangat pada stering..

Dari baby lagi si hariz ni minat pada stering kereta..kalau menangis masa dalam kereta bagi la dia pegang stering mesti dia diam..dan sekarang dah jadi rutin kami untuk bawak dia main kat kedai game di jusco semata-mata dia nak main stering tak pakai token pun tak apa janji dia dapat pusing-pusing kan stering kereta mainan tu pun jadi la..tapi dia tak ada la sampai nak kena bawak kereta sambil nak riba dia bagi main stering..hariz ni sangat faham bahasa budak nya tapi kadamg-kadang tantrum gak masa tu naik menyampah lak rasanya..

nampak jer macam tu cuba ajak balik mahu mengamuk

kepala tu lebam terlanggar pintu kat rumah budak baik la katakan
Kat bawah ni kereta yang ayah hariz belikan kat kedai basikal tapi hariz tak berapa suka sebab stering dia tak boleh nak pusing-pusing sangat..ingat ada budget lebih nak beli kan kereta control yang boleh naik jalan-jalan tu yang tu kami selalu bawa dia naik kat jusco au2..
yang best kereta ni ada lagu tekan jer kat hon tu


Saturday 15 February 2014

Update Perkembangan Hariz Zafri


Lama sungguh menyepi dari menulis blog,bukan apa kemalasan dan kesibukan yang melanda diri punca segala-galanya kikiki...saja nak update perkembangan my little hero sekarang dah 1 thn 3 bulan..sekejap jer masa berlalukan antara perkembangan hariz yang terkini dah pandai jalan mcm kanak2 sebaya dia la kan yang paling terbaru dah pandai cakap bahasa jerman becok sangat tau..sweet jer kalau dengar dia membebel..


Hariz gan nenek tersayang

macam biasa hariz masih dijaga oleh my mom bila kerja..sebenarnya kalau ikutkan dah nak hantar hariz kat nursery di tempat kerja tapi mengenangkan dia dah biasa dengan nenek nya jadi risau lak tak boleh menyesuaikan diri di tempat lain..tapi hariz ni pandai bergaul kalau jumpa orang bukan main dia menyapa lebih-lebih lagi budak-budak kecil..

gambar terbaru tak sempat nak upload lagi nanti entry lain aku letak banyak2 yer gambar hariz terkini..