Monday 25 August 2014

Hariz dan atuk sap

Hariz tak pernah lagi jumpa atuk sap dia dari lahir sampai skrg dah setahun 8 bulan.. sebab nya kami dah lama tak balik johor..
Raya hari tu kami berkesempatan balik jadi dapat la hariz jumpa gan atuk sap dia..
Hihi membebel my fil sebab dah besar baru bawa jumpa dia..nak buat macam mana aku hanya ikut my hubby kalau dia ajak balik baru la aku balik..apa pun seronok dapat jumpakan hariz dengan atuk sap...sap tu adalah untuk sub inspector my fil dulu polis tu yang dapat gelaran dari anak cucu dia atuk sap hihi..


Dapat patung upin tu beli dekat ayer hitam hariz ni peminat setia upin ipin



Kemaruk DIY korean wall paper

Sejak akhir2 ni dekat tempat kerja aku ada orang jual korean wall paper ni..dulu aku tak heran pun nak tengok k atau nak tanya2 k..ntah macam mana terjebak jugak..member aku cakap kalau dah mula nanti giler..aku saja jer beli segulung sebabnya nak balut peti ais aku yang kat rumah kuarters ni yang umur dia dah sama umur anak sulung aku 18thn tau...tapi tak pernah rosak dan buat perangai cuma luaran dia memang dah buruk sgt..mak aku pelik gan aku dia kata hairan macam mana barang elektrik aku tahan lama..mak aku peti ais dia jer dah 3 kali tukar..bukan peti ais jer mesin basuh,oven,streka,blender dan macam2 lagi la..alhamdulilah serasi kot nak kata pandai jaga tak la sangat tapi aku jenis sayang barang dan rezeki kot tak yah nak keluar duit selalu untuk membeli mahal kot barang elektrik sekarang..

Ni la peti ais kesayangan aku sebelum makeover buruk kan



Tadaa....yang ni setelah di wall paper kan cantik sudah..

bukan tu jer dengan rak2 dapur aku makeover memang betul cakap kawan aku giler.wehhh buat benda ni seronok tau... bagi 
aku la tak tahu la korang mungkin minat kot aku suka tengok yang buruk jadi cantik...aku beli satu gulung tu 10 meter ada lagi lebih apa lagi aku nak tampal tengah dok pikir hihi nanti bila2 aku citer ok..

Thursday 15 May 2014

Bila Hariz Zafri kena HFMD

Pada 3 mei lepas kami sekeluarga pergi bercuti.Sebenarnya bukan percutian sangat pun sebabnya anak aku yang sulung tu dah habis orentasi jadi dia balik cuti jadi aku pun memang dah ada rancangan nak bawa diaorg jalan2 dan nak utama nya nak bagi hariz mandi kolam sebab dia suka sangat mandi2 kolam ni..jadi aku gan suami rancang ke pedas wet world.Kenapa kat situ jawapan nya ialah bila dah habis mandi rancang nak pergi melaka nak makan ikan bakar umbai..cadang lepas makan nak balik umah nenek aku tapi contact makcik aku yang kat sana tak dapat jadi kami pun check in la hotel budget lagipun dah mlm buat apa duduk hotel mahal rugi jer untuk tido jer pun kan dan rehatkn badan.
Balik dari melaka hariz demam..aku tgk tangan dan kaki dia ada bintik merah yang gelembung air tu..alamak dah cuak dalam hati aku dah suspek sakit hfmd..terus pergi HKL masa tu cuti umum nasib baik orang tak ramai sangat..bila doktor sahkan sakit tu dia keluarkan surat suruh kuarantin anak jadi kena la aku cuti nak menjaga si hariz sampai baik...alhamdulilah tak sampai seminggu kering dah dan demam pun dah baik..tapi kita kena rajin bagi makan ubat dan sapu lotion calamine tu setiap kali selepas mandi..


Wednesday 19 February 2014

Malas punca blog terbengkalai..

M yang sangat besar punca aku tak menulis pada masa yang agak lama..layan la gambar terkini si hariz..



masa sambut besday yang pertama wat kecil2 jer



Hariz dan abangnya

Aku hanya ada dua orang anak sahaja yang sulung hafiz dan yang kecik hariz.. masa yang abang dulu tak ada lagi blog2 ni bagai facebook pun tak ada lagi abang nya lahir tahun 1996 dan hariz lak lahir 2012 jauh beza kan.... sangat-sangat jauh nak buat macam mana tak ada rezeki 3 lagi anak aku meninggal masa dilahirkan kerana tak cukup bulan kalau tak 5 dah anak2 aku..yang meninggal semuanya perempuan sedih sangat..tapi allah maha mengetahui ada hikmah di sebalik semua tu cuma aku ni kalau tak kuat semangat lama dah giler tapi alhamdulilah aku tabah dengan ujian ini sebab tu kalau ada orang mengeluh kat aku kata diri dia susah aku rasa dia tak sehebat dugaan yang aku terima sabar jer la dah itu bahagian kita..

abang main game dia pun nak main sama tapi gigit wayar

macam tahu jer main game yang abang tu tahun ni tunggu result SPM
ni hujung tahun2012 kami punya holiday kat melaka
abang dah besar lepas ni susah nak ikut ibu lagi sedih lak rasanya

Minat sangat pada stering..

Dari baby lagi si hariz ni minat pada stering kereta..kalau menangis masa dalam kereta bagi la dia pegang stering mesti dia diam..dan sekarang dah jadi rutin kami untuk bawak dia main kat kedai game di jusco semata-mata dia nak main stering tak pakai token pun tak apa janji dia dapat pusing-pusing kan stering kereta mainan tu pun jadi la..tapi dia tak ada la sampai nak kena bawak kereta sambil nak riba dia bagi main stering..hariz ni sangat faham bahasa budak nya tapi kadamg-kadang tantrum gak masa tu naik menyampah lak rasanya..

nampak jer macam tu cuba ajak balik mahu mengamuk

kepala tu lebam terlanggar pintu kat rumah budak baik la katakan
Kat bawah ni kereta yang ayah hariz belikan kat kedai basikal tapi hariz tak berapa suka sebab stering dia tak boleh nak pusing-pusing sangat..ingat ada budget lebih nak beli kan kereta control yang boleh naik jalan-jalan tu yang tu kami selalu bawa dia naik kat jusco au2..
yang best kereta ni ada lagu tekan jer kat hon tu


Saturday 15 February 2014

Update Perkembangan Hariz Zafri


Lama sungguh menyepi dari menulis blog,bukan apa kemalasan dan kesibukan yang melanda diri punca segala-galanya kikiki...saja nak update perkembangan my little hero sekarang dah 1 thn 3 bulan..sekejap jer masa berlalukan antara perkembangan hariz yang terkini dah pandai jalan mcm kanak2 sebaya dia la kan yang paling terbaru dah pandai cakap bahasa jerman becok sangat tau..sweet jer kalau dengar dia membebel..


Hariz gan nenek tersayang

macam biasa hariz masih dijaga oleh my mom bila kerja..sebenarnya kalau ikutkan dah nak hantar hariz kat nursery di tempat kerja tapi mengenangkan dia dah biasa dengan nenek nya jadi risau lak tak boleh menyesuaikan diri di tempat lain..tapi hariz ni pandai bergaul kalau jumpa orang bukan main dia menyapa lebih-lebih lagi budak-budak kecil..

gambar terbaru tak sempat nak upload lagi nanti entry lain aku letak banyak2 yer gambar hariz terkini..