sebenarnya 31Jan ni aku akan mula keja balik setelah bercuti lebih kurang 6 bulan (lama gilerkan) bukan apa cutisakit + cuti bersalin tu yang lama..ikutkan hati nak jer sambung cuti tapi nak simpan cuti buat kecemasan maklum la ada anak kecik ni macam-macam yang tak didugakan biasa la risau anak demam kita kena cuti..
untuk maklumat aku ni high risk prengnancy sebab tu dok bagi cuti..kalau sapa ada baca en3 aku yang lepas aku ada mention yang baby ni anak aku yang kedua setelah anak aku yang sulung berumur 16 tahun..
sedih tau bila kenangkan yang aku akan tinggalkan budak comel ni selama beberapa jam bagai dihiris-hiris hati ni bila teringat..macam mana la nanti yer dah la dia tak berapa nak sangat minum susu fm..
yang buat aku lega sikit aku tinggalkan hariz gan nenek dia
cuma aku risau hariz ni gemar tersedak bila-bila jer tak kira masa aku takut mak aku tak perasan jer..
mudahan-mudahan hariz dilindungi allah dan baik-baik sahaja.
bukan senang aku nak dapat permata hati ni macam-macam dugaan..akhirnya tuhan makbulkan juga impian kami untuk menatap dan membelai si comel ni..
aku namakan hariz zafri yang bermakna penyelamat kemenanganku..alhamdulilah semoga menjadi anak yang soleh,bijak,cerdik dan sihat hendaknya amin...
mocel...
ReplyDelete