Nak jadi cerita masa kami turun tangga dari rumah kat setapak hari sabtu tu kami nampak la jiran tingkat 3 tu sedang memunggah barang dia nak pindah keluar.Dan aku nampak la kelindan lori tu sorang indon sorang lagi india..memang jiran tu dah bagi tahu dia nak pindah jadi tak la hairan sangat.Ok cerita berhenti kat sini nanti ada kaitan tau..
Masa kat rawang hari ahad lak pagi-pagi lagi anak aku yang sulung tu dapat kol dari kawan baik dia yang mana bapa budak tu ketua blok kami yang memaklumkan mak dia meninggal dunia kerana sesak nafas tak sempat dapat rawatan pun kat hospital..ala hai senang nye orang meninggal yer kita ni yang sihat jangan la sangka panjang umur..ajal maut di tangan allah kita pun tak tahu bila..
Sedih la gak kan kakak tu baru jer sembang-sembang gan aku yang paling kesian dia ada anak kecil dan yang kawan anak aku baru tingkatan 1 menangis dia cerita kat anak aku..
Balik dari rawang semalam baru la kami tahu ada lagi cerita lain anak aku tanya la pada kawan dia mak kau ada tak perangai dia pelik ke sebelum meninggal..anak dia cerita (ok yang ni ada kaitan gan cerita pasal jiran pindah tadi) hari sabtu tu diaorang sekeluarga nak keluar jalan-jalan masa depan pintu kelindan indon yang angkat barang pindah tu terjatuh dari tangga masa angkat barang pecah kepala dan meninggal kat tangga blok aku tu bapa budak tu ajar indon tu mengucap masa tu mak dia tengok jer indon tu tanpa rasa cuak atau takut tu la yang pelik nya rupa-rupanya dia pula yang meninggal esok nya..hai sedih ada takut pun ada dah la aku ni penakut pagi-pagi sebelum subuh dah kelek baby aku hantar kat rumah mak..bila jadi macam ni jadi fobia la pulak..
Apa pun aku doa agar kami sekeluarga dilindungi allah hendaknya..Ok la kat sini aku letak gambar masa makan hari tu ..aku yang masak semua nya boleh la setakat makan adik beradik..
pinggan yang dah licin tu kentang wedges |
bakar-bakar kat luar seronok aktiviti macam ni |
hehe masing-masing dah lapar tak pandang kirikanan |
salad buah |
pasta goreng |